0

3 hadia kesukaan wanita

Published at 00.19 in

Ok, saya akan reveal 3 lagi hadiah kesukaan perempuan

1) Kotak barang kemas

Semua perempuan ada barang kemas, so kalau bagi hadiah kotak untuk simpan barang kemas nih (jewellery box), memang sangatlah bagus.. Kotak barang kemas ni ada macam2 jenis, plastik, kaca dan besi.. Saya syorkan anda cari yang bahagian dalamnya beralaskan baldu, agar barang kemas terjaga rapi dan tidak bercalar.. Hadiahkan kotak barang kemas yang lebih besar kerana ia lebih bagus & pastikan ada compartment yang berbeza untuk cincin, gelang & rantai agar lebih tersusun.

2) Jam tangan

Semua orang wajib ada jam tangan.. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk bergaya, malah hadiah ni menolong untuk kita sentiasa on time.. Lihat personaliti gadis tersebut, jika dia seorang yang elegan, maka jam tangan yang elegan dan sofisikated adalah hadiah pilihan yang sesuai untuknya, jika dia seorang yang lasak, hadiahkan jam tangan yang sporty.. Hadiah ini juga akan sentiasa mengingatkan dia pada anda kerana setiap kali dia melihat jam untuk memastikan waktu, dia pasti teringat pada anda juga!

3. Minyak wangi

Semuaaaaaaa perempuan suka minyak wangi sebagai hadiah, dari yang muda sampailah ke yang tua.. Namun, untuk memberi hadiah sebegini, anda perlu berhati2 dan sensitif pada kegemarannya. Ada perempuan yang suka pada wangian floral, ada yang suka bau kayu2 dan rempah, ada yang suka bau citrus.. Jadi, penyelesaian terbaik, bawalah dia ke kaunter minyak wangi, minta dia cuba semuanya, dan suruh dia pilih kesukaannya.. Esoknya, datang semula ke kaunter itu dan belilah minyak wangi yang disukainya itu dan hadiahkan padanya dan buat kejutan!! hehehe…

Ok, setakat ini sahaja, kalau nak tahu lebih lengkap tentang 30 hadiah kesukaan orang perempuan, nantikan ebook panduan cinta untuk lelaki dari saya yer! :)

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "3 hadia kesukaan wanita"

Posting Komentar